Wednesday, 9 August 2017

Tuberkulosis Tulang Belakang


TUBERKULOSIS TULANG BELAKANG



Penyakit Tuberkulosis atau TB(Tibi) lebih dikenali di Malaysia sebagai Batuk Kering dan dikaitkan dengan masalh paru-paru. Namun di luar pengetahuan masyrakat, Tibi bukan sahaja terhad kepada paru-paru tetapi sebenarnya boleh menjangkiti tisu dan organ di luar paru-paru termasuk selaput otak (meninges), kelanjar, darah dan sendi. Keadaan ini dikenali sebagai "extra-pulmonary tuberculosis".

Tempat yang paling kerap dijangkiti selepas paru-paru ialah tulang belakang. Ia boleh menyebabkan kemusnahan tulang, sakit belakang yang kronik malah melumpuhkan pesakit.

Kuman Tibi.
Jangkitan kuman Tibi ini disebabkan oleh sejenis kuman yang dikenali sebagai Mycobacterium tuberculosis. Ia boleh disebarkan secara droplets (cecair batuk, selsema) dan juga secara melalui peredaran darah. Sekiranya kita tinggal bersama ahli keluarga atau rakan yang menghidap Tibi, kita juga berisiko untuk dijangkiti. Begitu juga sekiranya kita terdedah dengan persekitaran perkerja asing yang tidak mendapat immunasi daripada kuman ini.

Ia bermula dengan menjangkiti salah satu daripada tulang belakang (vertebra) dan ia merebak melalui Anterior Longitudinal Ligament iaitu ligament yang memegang bahagian depan tulang vertebra. Jangkitan Tibi boleh merebak ke vertebra bersebelahan dan boleh juga menyebabkan skip lesion di mana terdapat vertebra yang tidak dijangkiti dan ia melompat ke vertebra yang lebih jauh daripada kes-kes jangkitan Tibi tulang belakang.

Kuman tuberkulosis ini akan 'memakan' dan menghancurkan tulang vertebra pesakit dan ada juga kes di mana ia menghasilkan nanah yang menyebabkan tekanan pada saraf dan struktur-struktur berhampiran.



Simptom

Pesakit yang mengalami Tibi tulang belakang ini datang kerana mengalami rasa sakit atau tidak selesa pada tulang belakang. Tidak kurang juga yang dapat lewat dengan kepatahan dan  tekanan kepada saraf tunjang tulang belakang. Sekiranya tekanan saraf berlaku, ia boleh menyebabkan kekebasan dan kelemahan pada anggota tangan dan kaki pesakit.

Pesakit juga boleh mengalami semua atau sebahagian daripada simptom-simptom lain yang dikaitkan dengan Tubrkulosis seperti di bawah.

Simptom Tuberkulosis Tulang Belakang

  1. Sakit atau tidak selesa  pada mana-mana bahagian tulang belakang.
  2. Demam
  3. Berpeluh-peluh pada waktu malam
  4. Susut berat badan secara mendadak
  5. Hilang selera makan
  6. Kebas tangan atau kaki atau kedua-duanya
  7. Lemah atau hilang kekuatan tangan atau kaki atau kedua-duanya
Tulang Belakang Membonjol
Sekiranya pesakit lambat mendapat rawatan , tulang pesakit boleh 'dimakan' oleh kuman yang menyebabkan pesakit kelihatan membongkok ke depan dan terjadinya benjolan keras atau gibbus pada bahagian tulang belakang yang dimakan kuman tersebut.



Tuesday, 8 August 2017

TEKANAN DARAH TINGGI

Tekanan Darah Tinggi 



Untuk memastikan semua penyedia perkhidmatan kesihatan sama ada dalam industri perkhidmatan rawatan primer (seperti klinik kesihatan), perkhidmatan rawatan tertier (seperti hospital besar) atau klinik swasta dapat mengikut perkembangan dan pendekatan berdasarkan bukti daripada kajian yang terkini dalam penjagaan pesakit, garis panduan amalan klinikal atau dalam Bahasa Inggerinya, "clinical practice guidelines" (CPG) disediakan sebagai rujukan. CPG ini digubal dan dikemaskini oleh panel doktor pakar yang ternama dalam bidang masing-masing agar boleh dimanfaatkan oleh semua pegamal perubatan. Ini adalah supaya para pesakit mendapat penjagaan dan rawatan yang terbaik. Walaupun masyarakat umum tidak perlu tahu isi kandungannya secara terperinci, pengetahuan mengenai pesanan penting yang disampaikan dalam garis panduan ini dapat membantu dalam penjagaan kesihatan.

Sedia untuk belajar mengenai isu asas berkenaan penyakit tekanan darah tinggi? Teruskan membaca!

Penyakit tekanan darah tinggi, atau hipertensi, didefinisikan sebagai tekanan darah sistolik pada paras 140 mmHg atau lebih dan/atau tekanan darah diastolik pada paras 90 mmHg atau lebih secara berterusan.

Pernahkah anda perhatikan tekanan darah anda yang dicatit dalam buku rekod atau diberitahu kepada anda mempunyai dua nombor berbeza? Satu nombor ditulis di atas yang satu lagi (eg. 120/80 mmHg)? Kedua-dua nombor adalah sama penting. Nombor yang di atas adalah tekanan darah sistolik iaitu tekanan dalam arteri (pembuluh darah) ketika jantung mengepam darah melaluinya. Tekanan darah diastolik (nombor yang di bawah) pula merupakan tekanan dalam arteri ketika jantung berehat antara setiap degupan. Penyakit tekanan darah tinggi akan didiagnos apabila anda mempunyai tekanan darah 140/90 mmHg atau lebih secara berterusan.

Kadar prevalens penyakit tekanan darah tinggi di Malaysia adalah 32.7% dalam kalangan masyarakat berumur 18 dan ke atas 43.5% dalam kalangan masyarakat berumur 30 dan ke atas pada tahun 2011.

Pendapat popular yang penyakit tekanan darah tinggi hanyalah penyakit orang tua adalah salah. Tijauan Kesuhatan&Morbiti yang dijalankan pada tahun 2011 mendapati 32.7%  rakyat Malaysia yang berumur 18 dan ke atas menghidap penyakit tekanan darah tinggi. Peratus penyakit tekanan darah tinggi dalam kumpulan berumur 30 dan ke atas pula adalah 43.5%. Daripada hasil tinjauan ini, kita dapat simpulkan yang hampir SEPARUH daripada rakyat yang berumur 30 tahun ke atas dan hampir SATU PERTIGA rakyat yang berumur atas 18 tahun mempunyai penyakit tekanan darah tinggi.

Penyakit tekanan darah tinggi yang tidak dirawat secara optimal menyebabkan morbiditi dan mortaliti cardiovaskular, cerebrovaskular dan renal.

Banyak kajian telah membuktikan yang penyakit tekanan darah tinggi yang tidak dikawal dengan baik menyebabkan pelbagai komplikasi. Antara komplikasi ini adalah serangan jantung, kegagalan jantung, angin ahmar atau strok dan kegagalan buah pinggang. Kerana inilah para doktor berusaha untuk mendapatkan diagnosis awal, mengesa pesakit agar mengambil ubat-ubatan yang diberi, mengubah gaya hidup mereka dan menghadirkan diri ke temujanji susulan.

Tekanan darah sistlik pada paras 120 ke 139 atau tekanan darah diastolik 80 ke 89 mmHg adalah pre-hipertensi dan rawatan mungkin diperlukan dalam golongan berisiko tinggi.

Pre-hipertensi dierikan sebagai peringkat sejurus sebelum munculnya penyakit tekanan darah tinggi. Paras tekanan darah ini adalah lebih tinggi daripada paras optimal, namun belum cukup untuk memenuhi kriteria diagnosis penyakit tekanan darah tinggi. Beberapa kajian menunujukkan yang golongan pre-hipertensi ini mempunyai risiko komplikasi yang sama dengan pesakit tekanan darah tinggi. Sebanyak 1/3 daripada kematian yang berkaitan dengan penyakit tekanan darah tinggi terjadi dalam golongan ini. Justeru, golongan pre-hipertensi perlu mula mengambil langkah untuk mengurangkan risiko ini, termasuklah dengan mengubah gaya hidup. Bagi yang mempunyai faktor risiko lain seperti diabetes dan penyakit buah pinggang, pengambilan ubat mungkin disarankan.

Perubahan gaya hidup perlu disyorkan kepada semua individu dengan penyakit tekanan darah tinggi dan pre-hipertensi.

Kadangkala, pesakit sukar untuk memahami yang penyakit tekanan darah tinggi dan pre-hipertensi tidak boleh ditanggani dengan ubat-ubatan sahaja. Para doktor menghadapi masalah meyakinkan pesakit untuk membuat perubahan ke arah gaya hidup sihat seperti mengurangkan berat badan , mengurangkan garam dan makanan, menjauhi alkohol, bersenam dengan kerap, mengamalkan diet yang seimbang dan terapi santaian. Satu lagi pesanan penting untuk anda, perubahan ini perlulah diteruskan secara konsiten. Oleh itu, pesakit perlu berusah keras dan sokongan daripada orang terdekat termasuklah keluarga, rakan dan juga doktor dapat memberi lebih motivasi kepada pesakit.

Keputusan dalam rawatan perubatan perlu berlandaskan risiko vaskular global dan bukan pada paras tekanan darh sahaja.

Terdapat pelbagai ubat yang digunakan untuk merawat penyakit tekanan darah tinggi. Ubat-ubatan ini dipanggil ubat anti-hipertensi. Terdapat pelbagai ubat anti-hipertensi dan setiapnya bertindak dengan mekanisme yang berbeza. Doktor anda selalunya akan memulakan rawatan dengan ubat "baris pertama" atau uabt yang lebih lazim digunakan jika tiada kontraindikasi. Jangan ragu-ragu untuk bertanya jika anda ada soalan mengenai ubat dan pengambilan ubat. Perbincangan mengenai bila dan bagaimana untuk mengambil ubat serta kesan sampingannya juga adalah amat penting. Cuba untuk menghafal nama dan dos ubat anti-hipertensi anda (Buat nota catatan atau simpan dalam telefon pintar anda). Ini adalah amat berguna untuk doktor yang akan merawat anda terutamanya jika anda berjumpa dengan doktor selain doktor anda yang biasa.

Hanya 35% daripad rakyat Malaysia mencapai kawalan tekanan darah bawah paras 140/90 mmHg semasa dalam rawatan. Setiap usah perlu ditumpukan untuk mencapai target tekanan darah. Target tekanan darah adalah spesifik bagi setiap kumpulan pesakit.

Sayangnya, majoriti pesakit tekanan darah tinggi mencapai target tekanan darah. Ada kalanya, jenis ubat anti-hipertensi perlu ditukar atau pesakit tidak mengambil dos yang betul, Ponteng daripada mengambil ubat dan melaraskan dos sendiri tanpa pengetahuan doktor. Ini adalah tabiat yang amat berbahaya. Penyakit tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh  menyebabkan akibat buruk seperti serangan jan tung dan strok berdarah (pendarahn otak). Segelintir pesakit enggan melakukan perubahan gaya hidup dan lebih suka untuk mencuba perubatan alternatif dengan "uabtan" tidak berdaftar yang lebih banyak mudarat daripada mujarabnya.

Dalam menangani penyakit ini, anda perlu berganding bahu dengan doktor anda dalam mencapai tekanan darah yang dikehendaki. Pengetahuan mengenai penyakit, simptom dan gejalanya, komplikasi dan rawatan anda dapat menjadi batu loncatan ke arah itu.

Friday, 21 July 2017

APRICON FARMASHEALTH KAYA DENGAN VITAMIN B17 LAETRILE


Fungsi Vitamin B17:
Dalam terapi metabolik, apabila vitamin B17 bertemu dengan sel-sel kanser, enzim Beta-glucosidase yang hanya terdapat pada sel-sel kanser akan menguraikan elemen-elemen yang terdapat dalam vitamin B17. Seterusnya, elemen-elemen yang terdapat di dalam Vitamin B17 yang telah terurai akan bertindak membunuh sel-sel kanser.
Vitamin B17 yang berlebihan akan ditukar oleh enzim Rhodenase kepada elemen-elemen positif. Ia juga membantu mengurangkan keasidan dan toksin di dalam darah.
Lain-lain kelebihan Vitamin B17
Membantu merawat dan mengatasi masalah berikut:


  • Leukimia,
  • Kanser Payudara,
  • Kanser Serviks,
  • Kanser Otak,
  • Kanser Hati,
  • Kanser Tulang,
  • Kanser Lymfoma,
  • Kanser Rahim,
  • Kanser Perut,
  • Kanser Prostat,
  • Kanser Usus,
  • Kanser Kulit, dan pelbagai jenis kanser lain.
  • Penyakit kencing manis,
  • Penyakit jantung,
  • Darah tinggi,
  • Gout, asma,
  • Sakit sendi,
  • Masalah buasir.
  • Masalah berat badan,
  • Masalah kolestrol tinggi dalam darah,
  • Masalah ketidakseimbangan gula dalam darah,
  • Masalah haid tidak teratur dan keputihan.
  • Komplikasi masalah kulit seperti terdedah kepada sinaran UV, gatal-gatal dan alahan.
  • Masalah jerawat dan resdung serta bertindak sebagai agen anti-penuaan.

Pandangan Pakar

Dr. Phillips E. Binzel, Pakar Kanser, Ohio, USA
Vitamin B17 adalah bahan alam semulajadi yang terdapat di dalam pemakanan. Nitrilosides ini boleh memusnahkan sel-sel kanser serta menyuburkan sel-sel bukan kanser.
Dr. Micheal Tait, Fountain of Life Clinic, Gold Coast, Australia
Kanser adalah penyakit metabolik, terdapat bukti kukuh bahawa berlaku pengurangan Vitamin B17 daripada makanan harian kita adalah penyebab utama seseorang mendapat kanser.
Dr. Dean Burk, Pakar Kanser Jerman
Di bawah Mikroskop, kami masukkan vitamin B17 ke atas sel kanser dan kami dapati sel-sel kanser tersebut mati dengan cepat sekali.
Dr. Hans Nieper, Pakar Kanser dari Jerman Barat
Setelah melebihi 20 tahun pengalaman sebagai pakar kanser, saya dapati vitamin B17 sangat berkesan sebagai langkah pencegahan kanser dan tiada vitamin lain melainkan vitamin B17 yang dapat mengawal semua jenis kanser.
Cadangan pemakanan
Cegah Kanser: 2-4 kapsul 500mg 3 kali sehari
Rawat Kanser: 4 kapsul 500mg 6 kali sekali




Monday, 10 April 2017

Beza antara ketumbuhan dengan kanser


Ketumbuhan atau tumor dan Kanser, adakah terdapat perbezaan di antara keduanya?
Mungkin kita beranggapan ketumbuhan tu bermaksud kanser. Adakah ianya sama? Atau berbeza sama sekali. Atau mungkin kita sudah tahu keduanya berbeza tetapi tidak pasti apa yang membezakannya. Entri ini akan cuba memberikan kefahaman kepada kita tentang Ketumbuhan VS Kanser.

Ketumbuhan vs Kanser
Tumor dan kanser adalah berbeza. Tumor berlaku apabila luka atau ketulan terbentuk dalam badan disebabkan oleh pertumbuhan sel yang tidak normal. Kebanyakkan tumor tidak berbahaya, tetapi sesetengah mungkin mempunyai kesan kepada kesihatan seperti menekan organ-organ penting atau saluran darah atau boleh menyebabkan terlebih pengeluaran hormon tertentu.

Dalam kes  kanser, pertumbuhan sel ini tidak terkawal dan merebak di dalam badan. Kedua-duanya boleh dikesan dengan imbassan MRI.

Tidak Semua Tumor Adalah Kanser
Adalah penting untuk memahami bahawa tidak semua ketumbuhan adalah kanser. Tumor atau dikenali sebagai ketumbuhan ada 2 jenis iaitu Beningn dan Malignant. 

  • Tumor beningn berlaku dimana pertumbuhan adalah terhad kepada bahagian tertentu badan.
  • Tumor Malignant boleh bertuka menjadi kanser.
Ini bermakna bahawa pertumbuhan utama boleh menjana beberapa pertumbuhan skunder dan menyerang bahagian-bahagian penting dalam badan dan merebak di mana-mana.



Sama seperti semua ketumbuhan tidak berkanser, semua kes kanser juga tidak dicirikan oleh pertumbuhan tumor. Sebagai contoh, dalam kes kanser darah, tidak ada tumor yang terlibat. Walaubaimanapun, pada kemunculan tumor, ujian biopsi menjadi sangat penting untuk menentukan jika pertumbuhannya adalah maligna atau benign.

Tumor boleh atau tidak boleh berkembang menjadi kanser. Kanser sebaliknya adalah suatu keadaan penyebaran malignant di mana pertumbuahn sel tidak normal boleh menjadi tidak terkawal. Tidak semua kanser tidak boleh dirawat.



Rawatan Tumor vs Kanser
Ubat-ubatan dan rawatan yang ditetapkan untuk tumor dan kanser munkin berbeza. Tidak semua tumor mengancam nyawa, walaupun tumor adalah benign, doktor mungkin mengesyorkan pembedahan untuk mengeluarkannya. Bergantung kepada lokasi dan saiz tumor, pembedahan ini boleh menjadi agak mudah atau ia boleh mengambil masa bebulan untuk pesakit sembuh.

Contoh Ketumbuhan Otak & Kanser otak

Pilihan rawatan untuk kanser termasuk pembedahan (pembedaahn membuang tisu kanser), kemotrapi (dengan menggunakan bahan kimia yang kuat untuk membunh sel-sel kanser yang berkembang pesat), dan Terapi Radiasi (menggunakan sinaran bertenaga tinggi untuk mengecutkan tumor dan membunuh sel-sel kanser dengan merosakkan DNA mereka).
Kesimpulannya Ketumbuhan / Tumor merupakan pertumbuhan sel yang tidak normal yang tidak merebak ke bahagian lain. manakala kanser adalah sekumpulan penyakit yang melibatkan pertumbuhan sel tidak normal yang berpotensi untuk menyerang atau merebak ke bahagian badan yang lain. Semoga info ini bermanfaat untuk pembaca mengetahui beza di antara KETUMBUHAN dan KANSER.

Friday, 31 March 2017

SELSEMA BURUNHG H5N1


SELSEMA BURUNG 


Selsema burung ialah penyakit berjangkit yang boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kematian terutama kepada burung-burung domestik seperti ayam, angsa, itik dan ayam belanda. Selsema burung disebabkan oleh virus avian influenza (AI) yang biasanya boleh berjangkit kepada burung, kadang kala kepada babi dan jarang-jarang kepada kuda, anjing laut, ikan paus, manusia dan juga lain-lain binatang. Terdapat banyak jenis subtypes virus AI, misalnya H5N1. Virus ini telah wujud lebih dari se abad yang lalu dan wujud secara semulajadi dikalangan burung-burung liar yang selalunya tidak mengalami penyakit kesan dari virus tersebut. 

Bagaimana penyakit ini boleh merebak ? Penyakit ini merebak melalui penghijrahan burung burung serta pergerakan unggas yang berjangkit. Bagaimana pula unggas dan burung ini boleh terkena jangkitan ini ? Jawapannya, jangkitan virus ini kebiasaannya terdapat dalam najis, air liur dan lelehan dari hidung unggas yang terjangkit. Unggas boleh dijangkiti apabila tersentuh dengan benda-benda ini, dengan unggas yang mati, makanan, air, peralatan, kenderaan dan lain-lain benda yang tercemar.

Apakah risiko jangkitan berlaku pada manusia ?
Virus avian influenza biasanya tidak akan menjangkiti manusia tetapi orang boleh mendapat jangkitan ini apabila sentiasa bersentuhan rapat dengan unggas yang sudah terjangkit serta najisnya. Hanya 140 kes yang dilaporkan pada manusia, kebanyakkannya di Asia Tenggara (Vietnam, Thailand, Indonesia, Cambodia dan China) dengan 70 kematian, walaupun jangkitan ini tersebar luas pada unggas dan burung liar.

Cara - cara mudah bagi mencegah Selsema Burung  
  • Menjaga kebersihan dan kebersihan makanan.
  • Mencuci tangan dengan sabun dan pastikan air mengalir setelah bersentuhan dengan unggas atau pun produk-produknya. Selain itu, kita juga harus mencuci tangan sebelum menyiapkan makanan dan sebelum makan.
  • Mandi, ganti baju, serta mencuci pakaian, selipar, dan kasut dengan sabun pembasmi kuman sekiranya bersentuhan dengan unggas.
  • Memberikan vaksin secara rutin terhadap unggas yang masih sihat.
  • Jika membeli unggas, sebaiknya dipilih unggas yang sihat.
  • Tidak menyembelih dan memakan unggas yang sakit dan mati.
  • Tidak membiarkan unggas berkeliaran di dalam rumah.
  • Mengurangi kontak dengan unggas, bahkan dengan unggas yang sihat sekali pun.
  • Menggunakan masker dan sarung tangan ketika menyembelih unggas.





Tuesday, 21 March 2017

Kanser Telinga, Hidung & Tekak masih boleh dirawat

Statistik yang pernah direkodkan pada tahun 2006 menunjukkan ia antara kumpulan kanser utama (2,884 kes) yang pernah menggemparkan negara. Dan kanser ini juga pernah mengalahkan kuasa pembunuh kanser payudara yang boleh meragut nyawa manusia sebanyak 3,525 pada tahun yang sama! Sungguhpun begitu kanser telinga hidung dan tekak ini masih belum diberikan pendedahan da ia perlu dielakkan dengan cara yang bijak.

Menurut pakar perunding telinga, hidung dan tekak, Dr. Yeo Sek Wee dari pusat perubatan Prince Court Kuala Lumpur, tidak ada cara yang paling tepat untuk menyelamatkan nyawa selain pengesanan awal dan mengamalkan gaya hidup sihat. Itulah cara yang paling selamat dan tidak menyakitkan.

"'Saya sangat yakin apabila berbicara tentang kanser, pasti ramai yang berharap tidak menjadi mangsa kepada penyakit ini termasuklah kanser jenis hidung, tekak dan mulut. Kanser yang biasa menyerang bahagian di bahagian lidah, lantai lidah dan air liur, tonsil di tekak dan peti suara ini akan begitu menyeksa jika ia menyinggahi kepada sesiapa juga.

" Namun begitu takut saja tidak mencukupi. Cara yang paling berkesan adalah dengan membuat pengesanan awal di samping mengamalkan cara hidup sihat dan paling penting jauhi sebarang aktiviti yang boleh meningkatkan risiko kanser jenis ini seperti merokok, minum minuman keras, makan makanan jeruk masin, mengunyah sirih dan sebagainya." katanya sambil menyatakan kanser ini lebih banyak menyerang kaum lelaki berbanding wanita.

Menurut Dr. Yeo, bagi mengesan kehadiran kanser telinga hidung dan tekak, jangan abaikan sebarang ketulan yang muncul di sekitar mulut dan kawasan sekitar sekitar leher. Walaupun adakalanya tidak disertai dengan sebarang kesakitan, ketulan-ketulan akibat sel kanser ini boleh membawa maut. 

" Anda perlu mengetahui 90 peratus ketulan yang dikesan di bahagian tersebut berpunca daripada kanser. Sungguhpun peratusan yang diletakkan pada ketulan asing ini, saya sarankan agar jangan cepat 'mengandaikan' sesuatu (kanser) sendiri kerana ada juga kemungkinan ia (ketulan)hadir disebabkan penyakit lain. Justeru sahkan ia dengan dapatkan pemeriksaan di hospital.

Segera Bertindak

" Disebabkan kanser ini boleh merebak dan merosakkan sel di kawasan telinga hidung dan tekak ia memacu kepada punca pelbagai kanser seperti barah nasofaring, oral,bibir, hidung,sinus, laring, orofaring, hypofaring, tiroid dan kelenjar liur."

" Oleh itu jangan sesekali menangguhkan pemeriksaan dan rawatan kerana berdasarkan pengalaman, saya mendapati pola kematian kanser kebanyakannya akibat lambat dikesan, Saya sendiri melihat pesakit hanya hadir ke hospital setelah kanser mereka berada di peringkat yang lewat. 

" Saya berpendapat hal ini terjadi mungkin kerana ramai yang tidak peka tentang pengesanan awal. Situasi ini sudah pasti menjadikan peluang untuk hidup juga semakin tipis. Kalau boleh pola kematian akibat lambat mengesan dan mendapatkan rawatan ini perlu di cegah," tegasnya memberikan nasihat.

Apakah yang dilakukan untuk mengesan ketulan?

Apakah yang biasanya dilakukan untuk mengesahkan kehadiran kanser ini? Dr.Yeo menjelaskan, langkah pertama yang lazim dilakukan ialah kebanyakan doktor akan mendapatkan latar belakang pesakit dan penyakit keturunan serta pemeriksaan simptom dikumpulkan. Sekiranya apa yang dijelaskan oleh pesakit lebih mengarah kepada simptom kanser telinga hidung dan tekak, prosedur mengesan punca ketulan secara lebih teliti pula dilakukan.

" Prosedur ini ada pelbagai jenis seperti pengambilan sel kanser yang dikenali sebagai Fine Needle Aspiration Catology (FNAC). Dengan menggunakan peralatan yang seakan jarum suntikan, prosedur FNAC ini akan menyedut keluar kalenjar  tidak normal unutk dikaji dimakmal.

"Selain itu, pemeriksaan sinar X dengan kaedah endoskopi tidak menjadi pilihan, cara pengesan yang lain umpamanya dengan menggunakan CT scan atau  Magnetic resonance imaging (MRI). Ia sekaligus dapat mengetahui peringkat kanser yang dialami oleh pesakit.

Peluang Sembuh Tinggi

"Setelah sel dikenal pasti pesakit positif kanser ini, pembedahan akan disusuli bagi kanser yang berada diperingkat awal. Pembedahan ini adalah untuk membuang ketulan dan bengkak dileher. Ia penting bagi mengelakkan sel kanser daripada terus merebak ke organ tubuh yang lain. Dengan membuang sel kanser di peringkat awal pesakit mampu hidup dengan lebih baik-80peratus peluang sepenuhnya sembuh dari kanser telinga hidung dan tekak.

" Namun sekiranya kanser sudah berada di peringkat yang agak serius, biasanya bukan pembedahan yang diberi keutamaan. Sebaliknya rawatan radioterapi adalah lebih praktikal unutk membunuh sel kanser ini dan memperlahankan pertumbuhan sel.

"Sungguhpun begitu, untuk menentukan rawatan yang terbaik, ia bergantung kepada jenis kanser dan tahap keterukan yang dihadapi. Bagi kanser parotid (kelejar air liur), kalenjar pesakit akan dibuang. Mereka juga akan digalakkan untuk menjalani rawatan susulan radioterapi dan kimoterapi.

"Sekiranya langkah ini tidak diambil dan pesakit membiarkan tanpa sebarang rawatan, struktur muka pesakit akan berubah atau menjadi herot kesan  kerosakan saraf otot mu ka disebabkan kanser.

"Ada juga kanser yang tidak terus dibedah walaupun masih berada di peringkat awal, misalnya kanser peti suara. Biasanya untuk membunuh sel kanser di kawasan ini, laser radioterapi akan diarahkan kepada kawasan di sekitar peti suara mereka. Langkah ini cukup relevan kerana sel kanser di kawasan peti suara ini amat sensitif pada sinaran radioterapi dan amat mudah di musnahkan dengan cara ini.

" Bagi kanser di peringkat yang lebih berisiko-peringkat tiga dan empat, langkah membuang peti suara diikuti dengan radioterapi akan dilaksanakan untuk menyelamatkan nyawa. Seiring dengan kepentingan kualiti hidup, pesakit yang sudah dibuang peti suaranya akan diberikan peti suara tiruan- voice prosthesis agar pesakit boleh berinteraksi seperti biasa." terangnya. 



Sumber : Artikel majalah isihat



Wednesday, 15 March 2017

5 GEJALA ATAU TANDA AWAL PENYAKIT KENCING MANIS


  • Berat badan menyusut dengan drastik

    • kehilangan berat badan secara drastik dalam masa singkat mungkin menggembirakan mereka. Tetapi awas kerana ia mungkin salah satu tanda anda menghidap kencing manis kerana disebabkan oleh kegagalan badan untuk memproses glukosa sebagai tenaga yang menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak untuk menghasilkan tenaga.

  • Luka yang lambat sembuh

    • sistem saluran darah yang rosak kerana gula berlebihan juga turut memberikan kesan kepada penyembuhan luka kerana darah  tidak disampaikan kepada anggota anggota badan. Pesakit juga mungkin tidak akan merasai sakit akan luka yang di alami. Paling menakutkan apabila luka ini menjadi semakin teruk dan membusuk dimana hanya dengan memotong anggota badan tersebut.

  • Kerap dahaga dan kerap kencing pada waktu malam

    • lebihan glukosa dalam saluran darah membuatkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk memprosesnya. Ini menyebabkan seseorang menjadi kerap membuang air kecil pada waktu malam. Apabila air banyak anda akan menjadi lebih dahaga. Itulah antara petanda badan anda sedang cuba mengantikan air yang hilang.

  • Sering kebas pada tanga dan kaki

    • ia disebabkan oleh kerosakan sistems saraf atau pembuluh darah yang menyebabkan seseorang mengalami kesemutan, kebas atau bengkak pada tangan dan kaki. Ini kerana darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.

  • Jarak penglihatan menurun

    • kandungan gula dalam darah yang tinggi menyebabkan perubahan pada bentuk kanta dan mata yang seterusnya mengakibatkan seseorang mengalamai kabur penglihatan. Seseorang itu mungkin juga akan buta sekiranya ianya dibiarkan untuk tempoh yang panjang.