Tuesday 24 May 2016

Punca Lelaki Tidak Puas Kencing

Apakah Punca Lelaki Tidak Puas Kencing? – Dr. Ruhi Fadzlyana

Apakah punca lelaki tidak puas kencing ?

Apabila menjelang usia yang lanjut, masalah yang sering kali menimpa kaum lelaki adalah masalah membuang air kecil. Segelintir kaum lelaki mengalami masalah kencing yang tidak puas atau pancutan air kencing tidak laju. Seringkali masalah ini hanya disembunyikan sendiri sehingga komplikasi berlaku.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Bengkak Kelanjar Prostat ?

Kalenjar prostat adalah satu organ yang mengililingi pangkal saluran kencing lelaki. Kalenjar ini berfungsi untuk menghasilkan cecair berbentuk alkali di dalam mani. Saiz kelenjar prostat yang normal adalah sebesar kacang walnut. Namun apabila lelaki menjangkau usia 40 tahun ke atas, rangsangan hormon testosteron boleh menyebabkan kelenjar ini membengkak dan pangkal saluran air kencing menjadi sempit. Menurut satu ujian saringan Kempen Kesedaran Prostat Peringkat Kebangsaan 2004, lebi 50% daripada lelaki yang disaring didapati mempunyai gejala pembengkakan prostat.

Apakah Tanda-Tanda Gejala Bengkak Prostat ?

Seringkali pesakit akan mengalami kesukaran untuk membuang air kecil. Antara tanda-tandanya adalah :
  • Kerap kali buang air kecil, hampir setiap jam - frequency
  • Apabila ingin membuang air kecil, tidak mampu untuk bertahan lama atau gesa - urgency
  • Kerapkali bangun di waktu malam untuk kencing - nocturia
  • Pancutan air kencing tidak laju -poor flow
  • Air kencing menitis di penghujung waktu kencing - terminal dribbling
  • Terkencing sewaktu menahan air kencing - hesitancy
  • Berasa tidak puas kencing dan perlu kencing beberapa kali - incomplete voiding
  • Kencing tersekat-sekat - intermittency
  • Meneran sewaktu kencing - straining
Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Saya Mengalami Masalah Di Atas ?

Pengesahan daripada doktor untuk penyakit bengkak kelenjar prostat adalah melalui penelitian sejarah pesakit. Melaui soal jawab masalah pembuangan air keci pesakit, doktor akan memberikan markah menurut carta International Prostate Symptom Score (IPSS). Jumlah markah akan diketogerikan untuk mengetahui keseriusan penyakit.

Seterusnya pemeriksaan kelenjar prostat akan dilakukan oleh para doktor melalui lubang dubur. Melalui pemeriksaan ini, keanjalan prostat dan permukaan prostat dapat dirasa. Pemeriksaan ini adalah penting kerana jika kalenjar prostat dirasakan keras dan permukaannya berbenjol-benjol, penyakit barah prostat harus diawasi. Selain daripada pemeriksaan prostat, terdapat satu ujian yang dapat mengukur kelajuan air kencing sama ada lemah atau tidak. Ujian ini dinamakan uroflow.

Ujian darah yang dijalankan adalah untuk memastikan fungsi buah pinggang masih elok. Selain itu, ujian saringan untuk kanser prostat turut dijalankan.

Bagaimana Penyakit Ini Dirawat ?

Setelah penyakit disahkan, penyakit akan dimulakan dengan ubat-ubatan. Terdapat dua kategori ubat iaitualpha-blocker dan 5-alpha-reductase. Fungsi alpha-blocker (seperti Hytrin, Cardura, Xatral) adalah untuk merehatkan otot-otot yang terdapat di pangkal prostat supaya aliran kencing lebih laju. Manakala fungsi 5-alpha-reductase (seperti Avodart dan Proscar) adalah untuk mengurangkan hormon testosteron seterusnya membantutkan pembengkakan kelenjar prostat. Pilihan pembedahan hanya dijalankan jika kegagalan dari segi ubat-ubatan dan beberapa faktor yang lain.

Apakah Kesan Jangka Masa Panjang Masalah Kelenjar Prostat Bengkak ?

Komplikasi atau kesan jangka masa panjang jika penyakit bengkak tidak dirawat termasuk :
  • Pembentukakan batu karang (bladder stone) di dalam pundi kencing.
  • Pembengkakan buah pingang (hydronephrosis) disebabkan tekanan yang kuat dari dalam pundi kencing yang berpanjangan.
  • Jangkitan kuman dalam air kencing berulangan (recurrent urinary tract infection)
  • Penyakit angin pasang (inguinal hernia) disebabakan oleh tekanan di dalam bahagian ari-ari ketika membuang air kecil.

Wednesday 18 May 2016

Biji Aprikot - Banyak Kelebihannya!!!


Berdasarkan buku "World without Cancer", tulisan G.Edward Griffin, biji aprikot mentah mrngandungi kadar kepekatan B17 yang tertinggi berbanding biji-biji buah yang lain. Biji aprikot amat berkhasiat dan ia menjadi makanan kaum Hunza untuk bebas dari kanser, sihat dan lanjut usia sehingga lebih 120 tahun. Antara nutrien yang banyak terdapat pada biji aprikot ialah enzim amygdalin atau laetrile atau disebut vitamin B17


Tugas B17 ini hanyalah memusnahkan sel asing dan mengeluarkannya melalui perkumuhan. B17 terdapat dalam banyak makanan, malangnya tabiat pemakan kita hari ini telah mengenepikan dan mengurangkan penggunaan B17 yang rasanya agal pahit, tetapi berkesan mencegah kanser.

Selain daripada biji aprikot, B17 juga boleh didapati dalam almond pahit, pie apple, biji anggur, millet (yang sekarang ini digantikan dengan gandum yang kurang B17), broad beans, sengkuang, oren, ubi kayu, kacang hijau, keledek dan betik. Juga terdapat di dalam sesetengah rumput seperti gandum dan tunas.

B17 pertama kali diekstrak dan diberi nama 100 tahun dahulu malah telahpun didaftarkan di dalam pharmacological sebagai ubatan tidak bertoksin. Namun terdapat racun yang terperangkap yang dinamakan cyanide seperti garam harian yang mempunyai sodium tetapi tidak merosakkan tisu manusia, ia tidak beracun seperti garam dan gula yang kita makan hari ini. 

Biji aprikot mentah mempunyai kandungan B17 yang tertinggi di antara bijian yang lain. Biji aprikot hanya berkhasiat dalam bentuk mentah, tidak dimasak, tidak dipanggang atau dibekukan. Untuk menghilangkan rasa pahit apabila memakan biji aprikot ini, anda boleh memakannya bersama buah-buahan lain seperti kismis, kurma dan buah-buahan lain segar yang lain.

Anda juga boleh menghancurkannya menggunakan mesin pengisar dan taburkan biji aprikot yang telah dikisar ke atas salad buah-buahan. Bagi yang tidak menyukai rasa pahitnya, kini sudah ada di pasaran bentuk kapsul dan minuman pracampur. 

B17 akan hanya bertindak balas pada sel yang tidak normal dalam badan manusia termasuk sel kanser, tumor, jerawat ataupun buasir. Enzim yang terdapat dalam sel kanser dapat membuka kunci amygdalin maka terhasillah tindakbalas metabolik badan yang berkanser dan cyanide tersebut memasuki aliran darah yang mana secara semulajadi akan di nuetralkan oleh hati.

Jika anda mengambil biji aprikot untuk tujuan pencegahan kanser, cukup dengan mengambil 10 - 20 biji dalam sehari. Dapatkan makanan dan air yang paling berkhasiat serta udara yang sihat dan segar, dan sentiasa memasukkan biji aprikot ke dalam diet pemakanan anda.

Ubat Tiruan Pembunuh Senyap!


Apa Itu Ubat Tiruan / Ubat Palsu ??

Ubat tiruan / ubat palsu  merupakan sediaan ubat yang ditiru dan menyerupai sama ada nama, rekabentuk atau pembungkusan yang serupa dengan ubat asli yang telah didaftarkan dengan KKM samaada produk asli atau produk generic.

Kesan Mengambil Ubat Tiruan / Ubat Palsu.
  • Seseorang mungkin akan mengalami kesan sampingan, kesan alahan atau memburukkan lagi keadaan penyakitnya secara tidak dijangkakan.
  • Jika produk ubat tersebut tidak mempumnyai bahan aktif maka seseorang itu tidak akan mendapat sebarang kesan penyembuhan apabila mengambilnya.
  • Jika sekirannya ubat tiruan itu adalah jenis antibiotic dan tidak mempunyai dose yang betul atau bahan aktif yang salah atau bahan aktif yang tidak mencukupi maka seseorang yang mengambilnya akan menjadi resistan terhadap ubat itu dan penyakit boleh merebak kepada orang lain dengan cepat.
  • Produk ubat tiruan mungkin mengandungi bahan aktif yang berbahaya yang boleh membawa kepada kematian.
Bagaimana untuk membantu mengenali ubat tiruan / ubat palsu :
  • Tidak mempunyai kesan.
  • Ada kesan tetapi bukan kesan yang dikehendaki / dijangkakan.
  • Pembungkusan yang tidak ditutup dengan rapi "Sealed".
  • Labelnya tidak dicetak secara jelas dan maklumatnya yang tidak lengkap.
  • Keadaan fizikal dan rasa ubat lain daripada biasa.
Bagaimana Untuk Mengelak Dari Membeli Ubat Tiruan / Ubat Palsu :
  • Tempat trebaik untuk membeli ubat adalah kedai farmasi.
  • Jangan beli ubat dari kedai sebarangan.
  • Berhati-hati dengan ubat yang mempunyai pembungkusan dan label yang tidak jelas dan tidak betul.
  • Periksa dan baca label pada pembungkusan dan kertas sisipannya.
  • Pastiakn anda beli ubat yang berdaftar dengan KKM yang mempunyai no. pendaftaran MAL dan Label hologram Meditag.



Ubat tiruan pembunuh senyap

BERMULA dengan cakera padat cetak rompak kemudian pakaian, beg tangan dan jam tangan tiruan berjenama mewah. Kini jenayah terancang itu semakin berani apabila menjadikan ubat-ubatan sebagai 'mangsa' terbaru yang mampu memberikan mereka keuntungan berlipat kali ganda.

Dengan kos yang sangat kecil untuk pengeluaran ubat tiruan atau palsu, perdagangannya sangatlah menarik dan menguntungkan. Di sebalik keuntungan sesetengah pihak, kegiatan ini sebenarnya memudaratkan kesihatan pengguna ubat tiruan.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendefinisikan ubat tiruan sebagai produk tiruan yang disengajakan dan berlakunya penipuan label, pengenalan untuk menjadikannya seakan-akan yang tulen. Ini termasuklah kandungan dan kuantiti yang salah serta pemalsuan pembungkusan.

WHO menganggarkan sebanyak enam hingga sepuluh peratus iaitu bersamaan USD 35 bilion (RM 121.36 bilion) ubat -ubatan yang berada di pasaran dunia adalah tiruan . Angka tersebut adalah lebih tinggi di beberapa negara terutamanya di negara-negara sedang membangun di seluruh dunia.

Statistik rampasan ubat tidak berdaftar oleh penguatkuasa Bahagian Perkhidmatan Farmasi, kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011 adalah sebanyak 344 produk ubat-ubatan tiruan daripada 17,768 jumlah rampasan.

Melalui pengalaman bahagian Penguatkuasa Farmasi, jenis ubat tiruan yang popular ialah ubat perangsang seks, ubat menguruskan badan, ubat sakit sendi, ubat mengurangkan lemak, ubat untuk mengawal alahan, gatal-gatal dan ubat selesema serta batuk.

Ketua Penolong Pengarah Farmasi (Kuatkuasa), Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia, Mazlan Ismail memberitahu, pemalsuan dilakukan apabila produk tiruan itu menggunakan jenama dan produk yang sama dan menjualnya dengan nama produk tulen atau asal tanpa pengetahuan pengeluar produk tulen. Ubat tiruan ini menyerupai ubat tulen yang sememangnya telah diuji serta diluluskan untuk digunakan oleh masyarakat Malaysia.

" Ubat tiruan tersebut boleh dianggap sebagai parasit kerana menggunakan label serta nama dagangan yang sama dengan penyediaan tulen tetapi dikilangkan di premis yang tidak diluluskan serta menggunakan bahan mentah yang tidak berkualiti," jelasnya

Risiko penyakit Menurut Mazlan, ubat tiruan dikatakan berbahaya kerana boleh mengakibatkan peningkatan kos rawatan dan menghidap penyakit lambat atau sukar sembuh . Pengguna turut terdedah kepada bahaya bahan racun terkawal atau bahan tercemar.

Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada risiko menghidapi pelbagai penyakit seperti masalah buah pinggang, tulang rapuh, darah tinggi dan lumpuh.

Ini kerana ubat tiruan yang mengandungi logam berat dan bahan asing yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang pengguna.

"Walau bagaimanapun, organ ini tidak akan menunjukkan sebarang masalah atau kemerosotan sehinggalah hanya tinggal sebahagian kecil sahaja yang masih berfungsi. Sekiranya ini terjadi, kemungkinan besar organ tidak dapat diselamatkan lagi," katanya.

Lebih teruk, kesan ubat tiruan itu turut boleh mengakibatkan gangguan pemikiran otak. Kegagalan fungsi otak akibat pengambilan ubat tiruan boleh menyebabkan seseorang itu sukar untuk mengawal pergerakan tubuh mereka walaupun pergerakan yang kecil seperti menulis.

Ubat -ubatan tiruan sebenarnya tergolong dalam kategori racun yang boleh membawa maut kerana mengandungi bahan-bahan merbahaya seperti merkuri dan arsenik.

Sebagai contoh, jika seseorang itu mengambil ubat batuk tiruan yang mengandungi steroid, kesan yang mungkin dihadapi ialah tulang rapuh, muka bengkak dan darah tinggi.

BerdaftarMazlan seterusnya menjelaskan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan bertanggungjawab melalui peruntukan undang-undang mendaftar semua produk farmaseutikal yang ingin dipasarkan.

"Pada dasarnya semua produk farmaseutikal yang didaftarkan adalah selamat, berkualiti dan berkesan. Sikap tamak haloba serta tidak bertanggungjawab di kalangan segelintir masyarakat ini boleh menyebabkan kesihatan pengguna terjejas atau pengguna menghadapi risiko maut," jelasnya.

Sikap pengguna"Dengan sikap pengguna yang mempunyai tahap kesedaran yang lemah dan masih membeli ubat -ubatan tiruan di pasaran menjadikan kes-kes ubat tiruan semakin meningkat," katanya.

Tambahnya, jika perkara ini berlarutan dan tidak dikawal masyarakat akan lambat laun boleh menjadi kurang yakin terhadap keberkesanan pengambilan ubat sebagai penawar penyakit termasuk ubat tulen.

Seperti barang-barang tiruan lain, dengan kos yang rendah sebagai modal menyediakan ubat tiruan juga mempengaruhi peningkatan kes, malah bukti akan hilang setelah produk palsu digunakan menggalakkan lagi aktiviti pengeluaran. Aduan daripada pengguna sendiri banyak membantu pihak kementerian melakukan siasatan terhadap ubat tiruan .

"Antara langkah awal bagi mengenal pasti ubat tiruan adalah melalui pemerhatian kepada bungkusan luar seperti kotak ubat , bentuk dan rupa ubat serta kandungan ubat . Biasanya kualiti pada cetakan, bahan kotak, rupa bentuk ubat dan sebagainya pada ubat tiruan adalah pada tahap rendah. Belilah ubat - ubat dari pengedar yang sah dan boleh dipercayai," jelasnya.

Bagi memudahkan tindakan undang-undang diambil ke atas penjualan ubat tiruan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan telah melakukan pindaan undang-undang ke atas Akta Jualan Dadah.

Namun demikian, kesedaran orang ramai adalah penting dan laporan segera tentang ubat tiruan perlu diajukan terus kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan.

Mazlan menjelaskan, ubat tiruan dapat menipu pengguna terutamanya jika dibeli di tempat atau dari sumber yang tidak betul.

"Paling penting, pengguna perlu berhati-hati kerana ramai yang terpengaruh dengan iklan terutamanya golongan wanita," jelasnya.

Tambahnya, serbuan dan rampasan tidak dapat menghentikan penjualan produk palsu dan tiruan selagi pengguna tidak memahami bahayanya dan tetap memilih produk mengikut harga murah.

Namun, untuk memastikan produk ubat berdaftar dan tulen, perhatikan label pembungkusan pada kotak atau pembalut ubat dan pastikan ia mempunyai maklumat lengkap seperti nama pengeluar, pengilang, tarikh pembungkusan, tarikh luput, dan paling utama nombor pendaftaran serta hologram meditag KKM.

Jelas Mazlan, alat dekod meditag telah dibekalkan KKM secara percuma kepada kebanyakan farmasi di seluruh negara bagi membolehkan pengguna memeriksa ketulenan hologram KKM pada bungkusan ubat

Setakat ini, KKM telah mengedarkan meditag ke semua farmasi yang berdaftar dengan KKM.

Senarai Produk Dikesan Mengandungi Bahan Terlarang






Sumber : 

Wednesday 11 May 2016

Ubat Batuk

Penjelasan Tentang Ubat Batuk – En. Mark Cheong

Tatkala memasuki sesebuah farmasi sambil berjalan ke arah rak di mana tersusunnya ubat batuk dan terlihatlah pelbagai jenama ubat batuk, setiap satunya terpampang bukti kehebatan tersendiri pada botolnya. Terdapat juga ubat batuk yang amat dikenali, hasil daripada liputan meluas melalui pengiklanan di kaca televisyen. Walaupun terdapat pelbagai jenis ubat batuk, hakikatnya kebanyakannya terdiri daripada bahan buatan yang sama. Persoalannya; apakah kandungan ubat batuk itu dan apakah fungsi mereka?

Guaifenesin adalah satu antara bahan-bahan yang kebiasaanya terdapat dalam ubat batuk. Kandungan Guaifenesin ini diketogerikan sebagai expectorant. Expectorant membantu membuang kahak dan rembesan-rembesan yang lain melalui saluran pernafasan, mengurangkan kerengsaan serta ketidakselesaan pada saluran pernafasan. Guaifenesin adalah selamat untuk diberikan kepada kanak-kanak. Ia tidak mengandungi signifikan terhadap preskripsi ubat-uabatn yang lain. Pesakit Kencing manis juga boleh mendapatkan formulasi gualifenesin yang bebas gula.

Terdapat beberapa jenis bahan lain yang wujud dalam kandungan ubat penahan batuk (atau dikenali sebagaiAntitussive). Ini termasuklah 'codeine' (di mana ia agak sukar didapati melalui pembelian di kaunter pada amsa kini), pholcodeine dan dextromethorphan. Antitussive sering diambil sebagai ubat untuk batuk yang tidak produktif, namun kajian menunjukkan bahawa ubat ini tidak membawa sebarag faedah. Oleh itu, Kebanyakan doktor mengakui tentang peranan ubat penahan batuk yang agak terhad, Sebaliknya menyarankan agar pesakit memperbanyakkan amalan minum air.




Codeinepholcodeine dan dextromethorphan perlu diambil dengan berhati-hati kerana berpotensi memberikan kesan sampingan terhadap ubat-ubatan lain yang telah dibekalkan terdahulu. Antara kesan-kesan sampingannya ialah membawa kepada pelalian dan juga boleh mengakibatkan sembelit. Pesakit asma juga perlu berhati-hati dalam pengambilan ubat-ubatan ini kerana secara teori ia boleh membawarespiratory depression (istilah perubatan yang digunakan untuk menggambarkan sebarang keadaan di mana kadar pernafasan seseorang individu di bawah 12-nafas setiap minit atau bermakna kesukaran bernafas).Codeinepholcodeine dan dextromethorphan harus dielakkan oleh wanita hamil pada usia trimester ketiga kandungan.

Kebanyakkan campuran dan persediaan ubat batuk yang ada mengandungi anthistamin dan terdapat beberapa jenis anthistamin yang biasa digunakan adalah termasuk diphenhydramine, chlorpheniramine,promethazine dan triprolidine. Antihistamin dianggap dapat membantu, dengan mengeringkan rembesan dari saluran pernafasan, manakala kesan positif boleh membantu seseorang yang mengalami batuk untuk mempunyai tidur malam yang lebih baik. Antara kesan-kesan sampingan anthistamin adalah seperti mulut kering, sembelit dan juga pelalian. Pengunaan anthistamin kepada kanak-kanak perlu dilakukan dengan berhati-hati, manakala untuk kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun adalah tidak digalakkan, melainkan jika terdapat kebenaran dari doktor.

Sunday 8 May 2016

Kehebatan Apricon

Aprikot Vs Kanser (Apricon Farmas Health) - Produk Anti-Kanser





APRICON adalah produk makanan kesihatan anti-kanser yang dikeluarkan oleh FARMAS HEALTH. APRICON mengandungi 100 peratus aprikot kernel yang dikisar halus setelah menjalani proses sinaran UV yang kaya dengan Vitamin B17, atau dikenali juga sebagai amygdalin atau Laetrile yang mampu membunuh sel-sel kanser dan merawat pesakit kanser yang kronik. Vitamin B17 atau Laetrile juga mampu meningkatkan sistem imunisasi dan daya ketahanan tubuh badan serta mampu meningkatkan kecerdasan dan tahap kesihatan seseorang individu. Komponen Vitamin B17 atau Amgdalin yang terdapat dalam APRICON ini berfungsi sebagai agen kimoterapi semulajadi yang mampu melawan kanser secara efektif . Berdasarkan kajian saintifik dan ujian klinikal yang dilaksanakan, B17 atau amgdalin yang terdapat dalam APRICON mampu merawat dan memulih masalah sistem metabolik dan menstabilkan sistem tubuh badan yang berfungsi secara tidak normal. Keberkesanan APRICON dalam merawat dan mencegah pelbagai jenis penyakit kanser dan penyakit kronik yang lain telah jelas terbukti dan diakui ramai terutamanya para penguna yang telah menggunakan poduk APRICON ini. Antara khasiat APRICON ialah:

  • Mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit kanser.
  • Merawat penyakit Kencing manis, Penyakit Jantung, Darah Tinggi, Gout, Asma, Sakit Sendi, dan masalah buasir
  • Mengurangkan berat badan, masalah kolestrol tinggi dalam darah, masalah ketidakseimbangan gula dalam darah. Masalah haid tidak teratur dan keputihan.
  • Mampu merawat masalah kulit seperti terdedah kepada sinaran UV, gatal-gatal dan alahan,  Juga mampu menyelesaikan masalah jerawat dan resdung, bertindak sebagai "Anti-Penuaan".



Cadangan yang terbaik bagi pemakanan apricon ini adalah :

Cegah Kanser : 2 biji 3 kali sehari ( Sebelum Makan)

Rawat Kanser : 4 biji 6 kali sehari ( Sebelum Makan )


Info Produk:

150 Biji Kapsul ( Harga : RM 149, Sabah&Sarawak : RM155)

 Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : En.Sayed : 0192449008 @ 03-8927 3332 
019-208 3523(Fadzilah)

Dikeluarkan oleh : TK Farmas Solution & Industries. 

Emel : farmashealth@yahoo.com

9 Tanda-Tanda Awal Kanser Yang Kita Tidak Pernah Peduli

Sebut sahaja nama Kanser, mungkin ramai dah tahu dan dah jemu mendengarkannya, Namun bagi segelintir yang masih belum mengenali apa sebenannya kanser, biar saya mulakan dengan pengenalan ciri-ciri sebenar apa yang di maksudakan dengan kanser.



Apakah itu kanser ?Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota badan yang lain.
  • Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel lain. Sel tumor ini mungkin adalah kanser. Sel-sel kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.
  • Setiap orang ada sel kanser dalam badan. Sel kanser ini tidak kelihatan dalam ujian atau pemeriksaan piawai sehinggalah mereka telah berganda ke beberapa juta.
  • Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop.
Lazimnya, dari peringkat awal kanser menyerang tubuh seseorang, tanda-tanda awal penyakit ini sudah ada namun tetapi ramai yang bersikap 'Tidak apa-apa' cuma sakit biasa sahaja. Lalu ramai yang mengambil langkah yang paling bijak ketika itu ialah dengan menelan panadol atau membeli ubat di farmasi. Saya tidak menyalahkan sesipa tetapi alangkah baiknya jika kita tadak sahaja berhenti disitu dan mengambil satu lagi langkah bijak untuk melakukan pemeriksaan bagi mengetahui punca sebenar.

Kalau saya sebut beberapa pemeriksaan tahunan seperti colonoscopies atau ujian PSA agak-agak berapa ramai yang pernah melakukanya? Apapun bagi mereka yang perihatin tentang masalah kesihatan menganggapnya penting walaupun ini tidak menjamin atau melindungi mereka dari kanser.

Bukan apa, Sekarang ini terdapat banyak kes-kes kelewatan dan mereka hanya menyedari mendapat kanser setelah berada di tahap 4. Semoga 9 tanda-tanda awal kanser ini dapat membantu menganalisa serta membuat keputusan yang paling terijak dalam hidup ini. In Syaa Allah.

1.)  Sakit Perut Atau Senak Perut
  • Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulangkali mendapat/mengalami sakit perut tanpa sebab.
2.)  Perut Kejang Dan Sakit Perut Berterusan
  • Antara tanda awal kanser hati, mungkin juga leukimia kerana pada ketika ini, limpa sedang membesar, lalu menekan bawah perut disebelah kiri.
  • Sejujurnya, sakit perut bukan perkara yang boleh diambil ringan. Jika mengalami sakit perut dan ianya bukan berpunca dari tersalah makan atau masalah pencemaran, langkah terbaik adalah berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan menyweluruh serta 'ultrasound'.
3.)  Perut Berasid Atau Rasa Penuh Walaupun Makan Hanya Sedikit
  • Tanda awal yang palin lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas pertengahan perut. Rasa bagaikan perut dipenuhi gas dan kerap rasa pedih hulu hati. Biasanya berlaku selepas makan dan rasa kenyang walaupun hnaya makan sedikit sahaja.
  • Sakit yang tidak diketahui puncannya aatu sakit di sebelah bawah perut kanan boleh menjadi tanda awal kanser hati yang juga dikenali sebagai salah satu "Pembunuh Senyap". Perasaan kenyang selepas hidangan yang kecil adalah tanda biasa kanser hati juga.
4.)  Kerap Demam Atau Terkena Jangkitan
  • Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dari dalam sum-sum tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilakan sel darah putih yang tidak normal, yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya tahan melawan jangkitan kuman. Doktor kadang-kadang mengesan leukemia di kalangan orang dewasa yang lebih tua hanya selepas pesakit telah beberapa kali mengadu demam, sakit dan simptom seperti selsema dalam tempoh masa yang panjang.
5.)  Muka Membengkak
  •  Sesetengah pesakit dengan kanser paru-paru mengalami keadaan bengkak atau kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka.
6.) Nodus limfa yang bengkak di kawasan-kawasan leher, ketiak, atau pangkal paha (ketulan). Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser tekak. Bengkak yang tidak menyakitkan pada leher, ketiak, atau pangkal paha ialah juga tanda awal leukemia.

7.)  Lebam Teruk Atau Pendarahan Yang Tidak Berhenti
  • Gejala tidak normal pada platelet dan sel darah merah, boleh menjadi tanda-tanda leukimia. Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan. Ini kerana sel-sel lekumia mengerumuni sel-sel darah merah dan platelet lalu merosakkan keupayaan darah untuk membawa oksigen dan beku.
8.)  Pendarahan Rektum Atau Darah Dalam Najis
  • Mula-mula saya ingatkan buasir adalah satu kenyataan yang paling biasa doktor dengar apabila mendiagnosis pesakit kanser kolorektal
9.)  Puting Tetek Yang Bersisik Atau Mengeluarkan Cairan
  • Lelaki juga boleh mendapat kanser payudara, ya! Mereka mengalami satu keadaan yang dipanggil gynecomastia, ada ketulan benigna di kawasan puting. Kanser payudara biasanya dikesan sebagai ketulan, tetapi jika ia merebak ke dalam, ia juga boleh menyebabkan sakit dada. Tanda-tanda lain kanser payudara termasuk tompok-tompok merah, bersisik atau kulit lekuk atau perubahan pada puting seperti membelok masuk atau kebocoran bendalir.