Tuesday 28 June 2016

Kelebihan Aprikot VITAMIN b17 Kepada Pengamalnya

Kajian mengenai keberkesanan Vitamin B17 telah pertama kali dilakukan oleh seorang pakar Biokimia yang berdedikasi Dr.Ernest T.Krebs pada tahun 1950. Kajian susulan juga dilakukan oleh pakar kanser Jerman, Dr. Dean Burk di mana dalam pemerhatian beliau di bawah mikroskop, Vitamin B17 telah dimasukkan ke dalam sel kanser dan mendapati sel-sel kanser tersebut mati dengan cepat sekali.

Selain itu, penemuan ini turut mendapat perakuan daripada beberapa saintis perubatan yang lain. Antaranya, Dr.Hans Nieper iaitu seorang pakar kanser dari Jerman Barat. Melalui pengalam beliau selama 20 tahun, beliau mendapati B17 sangat berkesan  sebagai langkah pencegahan kanser dan beliau turut mengakui tiada vitamin lain melainkan B17 yang dapat mengawal semua jenis kanser.

Penaung kepada produk Farmas Health, Profesor Madya Dr.Syed Zainal Husin Wafa, seorang pakar perubatan berpengalamn dan bekas Ketua JAbatan Anatomi di Fakulti perubatan UKM mengakui biji aprikot mengandungi kandungan Vitamin b17 paling tinggi berbanding dengan tumbuhan lain serta mampu meningkatkan tahap kesihatan dan seterusnya membnatu dalam mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit kronik metabolik.

Walaubagaimanapun, beliau tidak menggalakan pengambilan biji aprikot yang mentah kerana dikhuatiri terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas sewaktu proses penghantataran dan penyimpanan. Ini boleh menyebabkan keracunan terhadap tubuh badan.

Beliau mengalakkan pengambilan biji aprokot ynag telah diproses dan dikapsulkan daripada 100% biji aprikot terpilih mengikut piawaian teknologi farmaseutikal yang tinggi melalui penyelidikan klinikal dan telah mendapat kelulusan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan serta telah didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Kelebihan Vitamin B17 telah berjaya dibuktikan oleh masyarakat Hunza di Pakistan. Mereka juga menjadikan buah dan biji aprikot sebagai diet utama mereka. Dari bijinya, dihasilkan minyak masak dan losyen muka. Inilah faktor yang menyebabkan kaum ini mempunyai purata umur sehingga 100 tahun.

Pakar Kesihatan Awan yang juga Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr.Ismail Lasa berkata, " Aprikot yang kaya dengan vitamin B17 dapat membantu merencatkan perkembangan sel abnormal dan sekaligus mengekalkan perkembangan sel sihat di dalam tubuh badan.

Sumber : Utusan Online.


Monday 20 June 2016

Cara Menjaga Kesihatan Semasa Berpuasa

1.)  Minum Air Suam Secukupnya

  • Kita semua pasti sedia maklum, kurang minum air akan membuatkan badan mengalami dehidrasi lebih-lebih lagi di musim cuaca yang tidak menentu ni haa. Berpuasa bukan alasan untuk tidak minum air secukupnya. Pengambilan air suam atau air putih penting untuk memastikan organ pencernaan dapat berfungsi dengan baik. Pastikan anda lebihkan pengambilan air suam ketika berbuka untuk mengelak badan cepat letih. Manakala pengambilan air manis perlu dikurangkan.
2.)  Berbuka Dengan Kurma


  • Kurma mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Berbuka Puasa dengan kurma akan membuatkan badan rasa kembali bertenaga. Ini kerana kurma bertindak sebagai karbohidrat ringkas yang dapat membekalkan tenaga segara kepada badan tanpa perlu dicerna terlebih dahulu. Jadi sewaktu berbuka puasa, elak terus mengambil makanan berat kerana ini akan membuatkan badan menjadi bertambah letih. Mulakan dengan makan kurma terlebih dahulu.
3.)  Penting Untuk Bersahur
  • Seperti sarapan, sahur memang penting ketika berpuasa. Makanan yang diambil ketika sahur akan membantu membekalkan tenaga sewaktu anda berpuasa. Penting untuk anda pilih makanan yang berkhasiat ketika bersahur. Pastikan juga anda minum air segelas dua untuk memastikan badan kekal hidrat sehingga ke waktu berbuka puasa.
4.)  Rehat Yang Cukup
  • Waktu rehat dan tidur yang cukup panting untuk memastikan badan tidak mudah lesu dan letih. Jangan terlebih tidur pula, kerana bulan ramadan adalah bulan untuk beribadah. Berpuasa bukan alasan untuk tidur lebih masa. Awalkan sedikit tidur malam, untuk memastikan anda dapat bangun lebih awal untuk bersahur dan beribadah.
Sealain 4 tips ini, penting juga untuk anda pastikan makanan dan minuman yang diambil bukan sahaja menyihatkan tetapi juga bersih dari segi penyediaan . Risau pula jika termakan makanan atau minuman tercemar dan akan mengakibatkan keracunan makanan. Ini kerana bila badan kurang air, keracunan makan boleh bertambah serius dan membahayakan kesihatan. Jadi kalau nak beli juadah berbuka di luar kena pastikan makanan tersebut bersih dan selamt dimakan.

sumber : notawanita

Thursday 16 June 2016

APRICON bantu terapi kanser

JIKA disebut mengenai penyakit kanser, ia boleh dihidap oleh sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan status.

Merujuk kepada data, kanser merupakan antara penyebab utama kematian di seluruh dunia d imana 40,000 kes kanser dikesan setiap tahun di Malaysia dengan 1 daripada 4 rakyat menghadapinya.
Pakar pemakanan dan perubatan dari seluruh dunia mengakui, faktor pemakanan merupakan antara penyumbang utama kepada kanser.

Ini kerana di zaman yang serba moden dan canggih ini, setiap hari kita tidak terlepas dari pengambilan makanan yang merupakan agen kepada kanser.
Menurut mereka, hampir 90 peratus makanan yang diambil bersifat asid dan mengandungi kandungan aditif yang tinggi seperti pewarna dan perasa tiruan, pemanis buatan, pengawet dan pelbagai lagi campuran bahan kimia yang merbahaya untuk kesihatan dan boleh menyebabkan kanser.

Akibatnya kita terdedah kepada keadaan tubuh berasid seterusnya system antibodi dan imunisasi badan menjadi lemah dimana keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser, darah tinggi, diabetis dan lain-lain yang boleh membawa maut dan membunuh manusia secara perlahan.
Pada 1952, Dr Ernes T Krebs, seorang Bio Kimia dan beberapa saintis perubatan mendakwa, penyakitkanser adalah penyakit kekurangan nutrisi tubuh badan.

Kajian terhadap haiwan liar yang hidup di hutan dikelilingi oleh persekitaran tumbuh-tumbuhan kaya dengan kompaun vitamin B17, tidak akan dijumpai mati akibat kanser. Sebaliknya haiwan yang dipelihara dalam zoo berkemungkinan besar mati akibat kanser walaupun diberi makanan yang kaya nutrien namun tidak mengandungi B17.

Puak Hunza di pergunungan Pakistan didapati hidup sehingga usia 120 tahun. Makanan utama mereka adalah biji-bijian aprikot yang kaya dengan vitamin B17. Pihak saintis perubatan turut kagum apabila mereka memiliki kesihatan yang tinggi dan tidak pernah dengar mengenai penyakit kanser.
Pakar perubatan berpengalaman dan bekas ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM, Prof Madya Dr Sayed Zainal Husin, mengakui biji aprikot mengandungi vitamin B17 paling tinggi yang dapat membantu mencegah dan merawat penyakit kanser. Menurutnya, dalam terapi metabolik, apabila vitamin B17 bertemu dengan sel kanser, enzim betaglucosidase yang hanya terdapat dalam sel kanser akan menguraikan elemen vitamin B17 seterusnya membunuh sel kanser.

Vitamin B17 yang berlebihan juga akan ditukar kepada elemen-elemen positif oleh enzim Rhodanese yang terdapat dalam tubuh badan untuk kesihatan sel-sel dan membantu mengurangkan keasidan serta toksin dalam darah seterusnya membantu meningkatkan keseimbangan PH dalam tubuh serta memperlahankan penyebaran kanser, mengurangkan kandungan kolestrol dan membantu merawat penyakit jantung dan diabetis.

Prof Madya Dr syed Zainal, merupakan penaung produk Apricon Farmas Health.

Katanya, vitamin B17 aprikot bukan sahaja diperkatakan di Malaysia malah keberkesanannya membantu melawan kanser turut diperakui oleh saintis-sainstis di seluruh dunia berdasarkan kajian saintifik dan ujian klinikal yang dilaksanakan.

Pandangan pakar & saintis mengenai Vitamin b17

Dr. Micheal Tait, Fountain of Life Clinic, Gold Coast, Australia
Kanser adalah penyakit metabolik, terdapat bukti kukuh bahawa berlaku pengurangan Vitamin B17 daripada makanan harian kita adalah penyebab utama seseorang mendapat kanser
Dr. Dean Burk, Pakar Kanser Jerman.

“Di bawah Mikroskop, kami masukkan vitamin B17 ke atas sel kanser dan kami dapati sel-sel kansertersebut mati dengan cepat sekali”

Namun katanya, biji aprikot mentah yang diambil dan dimakan begitu sahaja amat berbahaya kerana ia terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas sewaktu proses penghantaran dari luar negara ke Malaysia. Ia boleh menyebabkan keracunan serta kesan sampingan negatif terhadap tubuh bahan.

Untuk mengatasi masalah tersebut, syarikat pengeluar barangan kesihatan, TK Farmas Solution & Industries komited mengeluarkan satu produk Aprikot Vitamin B17 di mana biji aprikot tersebut diproses terlebih dahulu dengan penyelidikan klinikal dan teknologi farmaseutikal yang tinggi supaya bakteria, kulat dan sebarang radikal bebas dapat disingkirkan dan selamat dimakan.

Syarikat tersebut tampil dengan produknya yang dikenali sebagai Apricon Farmas Health yang merupakan produk pertama di Malaysia yang berunsurkan vitamin B17 yang amat diperlukan dalam tubuh badan manusia untuk meningkatkan sistem ketahanan dan imunisasi tubuh badan.

Produk ini mengandungi 100 peratus kapsul biji aprikot dimana biji aprikot diproses dengan kawalan piawaian farmaseutikal yang tinggi dimana pemprosesannya dijamin bersih dan selamat serta bebas dari sebarang campuran kimia bagi mengekalkan kandungan vitamin B17 yang tinggi.

Sementara itu, Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr Ismail Lasa berkata, Apricon Farmas Health kaya dengan vitamin B17 dan dapat membantu meningkatkan kecergasan seseorang sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap ubat-ubatan yang lain.

Syarikat TK Farmas Solution & Industries merupakan sebuah syarikat yang dinamik dan terdiri dari kakitangan yang sangat berpengalaman dan mahir dalam bidang perubatan, menghasilkan produk kesihatan terbaik dan berkualiti tinggi dengan harga yang kompetitif dan berpatutan.

Bagi mereka yang telah menggunakan produk Apricon ia ternyata memberi kesan memuaskan.

Khairun Nisa, 36, yang merupakan pesakit kanser payudara telah mengambil aprikot sebagai alternatif bagi membantu merawat penyakit yang dihidapinya. Ternyata ia memberikan perubahan positif.

Katanya, selepas beberapa bulan mengamalkan pemakanan aprikot yang kaya dengan vitamin B17, benjolan pada payudaranya makin menyusut dan menghilang.

Apricon Farmas Health mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan berada di pasaran.

Sunday 5 June 2016

Rawatan Pergigian Ketika Berpuasa

Setiap kali menjelang bulan Ramadan, saya pasti didatangi beberapa pesakit yang mahukan rawatan pergigian mereka diselesaikan sebelum tiba Ramadan. Apabila ditanya, mereka menjawab bahawa mereka tidak mahu puasa terbatal sekiranya menjalani rawatan pergigian ketika berpuasa. Adakah kenyataan mereka ada kebenarannya? Mari kita lihat apa yang berlaku dalam mulut anda ketika gigi dirawat dan adakah ia membuatkan puasa anda batal secara langsung.

Secara ringkasnya, semua penganut Islam yang sudah baligh wajib berpuasa pada bulan Ramadan. Namun begitu, terdapat pengecualian untuk ibadah ini. Antaranya ialah kanak-kanak yang belum baligh, golongan tua, golongan tidak waras, wanita yang datang haid, mengandung atau menyusu badan, serta golongan musafir. Antara sebab-sebab terbatalnya puasa pula adalah makan, minum atau merokok dengan sengaja, muntah dengan sengaja, datang haid atau nifas, dan melakukan aktiviti seksual.

Dari segi perubatan, terdapat beberapa perkara dan prosedur yang boleh dijalankan seperti biasa walaupun anda sedang berpuasa. Contoh-contoh perkara yang tidak membatalkan puasa adalah seperti berikut:
  • Ubat titis untuk mata, hidung dan telinga
  • Ubat suntikan
  • Ubat inhaler
  • Ujian darah
Rawatan pergigian rutin seperti scaling, rawatan tampalan dan cabutan sepatutnya tidak membatalkan puasa. Terdapat pelbagai garis panduan dalam Islam yang ditetapkan dengan tujuan untuk memudahkan urusan ibadat dan kehidupan seharian penganutnya. Islam juga turut menitikberatkan penjagaan kesihatan umatnya.

SUNTIKAN BIUS SETEMPAT

Suntikan bius setempat selalunya dilakukan sebelum cabutan gigi dimulakan, dengan tujuan gigi yang terlibat dan kawasan sekitarnya menjadi kebas supaya pesakit dapat menerima rawatan dengan selesa dan tanpa kesakitan. Prosedur ini termasuk dalam kategori ubat suntikan yang tidak membatalkan puasa.

CABUTAN GIGI

Rawatan cabutan itu sendiri tidak membatalkan puasa. Namun begitu, setelah kesan bius setempat yang diberikan sebelum cabutan dilakukan mula hilang, anda mungkin akan berasa sakit pada kawasan tersebut dan perlu mengambil ubat penahan sakit. Ubat penahan sakit dalam bentuk tablet perlu diambil dengan ditelan, dan akan membatalkan puasa anda.

RAWATAN SCALING TAMPALAN

Persamaan antara rawatan scaling dan tampalan adalah kedua-duanya dilakukan dengan alat tangan bermotor (handpiece) yang mengeluarkan air suling melalui hujung alat tersebut ke dalam mulut anda. Penyemburan air suling ini diperlukan supaya alat tersebut tidak menjadi panas kerana haba yang terhasil boleh memudaratkan gigi anda.

Selagi anda tidak menelan air suling tersebut, puasa anda kemungkinan besar masih sah. Alat penyedut (suction device) ada digunakan untuk menyedut air suling dan air liur yang terkumpul dalam mulut anda ketika rawatan. Anda juga boleh meludah ketika rawatan sekiranya air yang terkumpul membuatkan anda berasa tidak selesa. Kadangkala, rubber dam (penghadang getah) turut dipasang ketika rawatan. Penggunaan rubber dam mengasingkan gigi yang dirawat dengan kawasan mulut lain dan oleh itu akan menghalang air suling daripada mengalir masuk ke dalam mulut anda.

UBAT KUMUR

Sesetengah pesakit berasa tidak selesa menggunakan ubat kumur ketika berpuasa kerana kadangkala ia meninggalkan rasa asing di dalam mulut walaupun setelah diludah sepenuhnya. Sekiranya anda tidak selesa menggunakan ubat ini ketika berpuasa, anda boleh nyatakan hal tersebut kepada doktor gigi anda supaya perbincangan boleh dibuat untuk mencari alternatif lain atau mengubah waktu pengambilan ubat kumur tersebut.

KEBERSIHAN MULUT

Kita semua sedia maklum bahawa mulut orang yang berpuasa kadangkala mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Ini adalah tindakbalas semulajadi kerana mulut anda akan menjadi lebih kering dan berlaku pengumpulan bahan bersulfur di dalam mulut ketika berpuasa. Adalah penting untuk anda membersihkan mulut anda dengan teliti sebelum tidur dan juga selepas bersahur, serta meminum air yang cukup ketika berbuka untuk menghidrasikan badan anda setelah seharian berpuasa.

Penggunaan berus gigi dengan ubat gigi dan juga ubat kumur dibenarkan ketika berpuasa, selagi anda tidak menggunakannya secara keterlaluan. Anda juga perlu menjalani pemeriksaan mulut untuk memastikan bahawa bau mulut anda bukanlah berpunca daripada penyakit oral seperti karies gigi, penyakit gusi, nanah, kanser, dan sebagainya.

PENGAMBILAN UBAT-UBATAN SECARA ORAL (Ditelan)

Ada kalanya, doktor gigi anda terpaksa memberi preskripsi ubat untuk diambil ketika bulan Ramadan. Dos dan waktu pengambilan beberapa jenis ubat mungkin boleh diubah supaya anda tidak perlu tidak berpuasa untuk makan ubat tersebut. Contohnya, untuk ubat yang perlu dimakan tiga kali sehari, anda mungkin boleh mengambilnya pada waktu berbuka, sebelum tidur dan waktu bersahur. Yang penting, sekiranya anda ragu-ragu tentang tatacara pengambilan ubat pada bulan puasa, anda perlu menyuarakannya dan berbincang dengan doktor gigi anda untuk mencari alternatif dan mencapai kata sepakat yang terbaik untuk memulihkan kembali kesihatan mulut anda.

Berpuasa tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk tidak menjaga kebersihan mulut dan mendapatkan rawatan pergigian, selari dengan pegangan Islam yang mementingkan kebersihan dan kesihatan. Nabi Muhammad s.a.w. sangat menitikberatkan kebersihan mulut seperti dalam hadisnya dari Abu Hurairah r.a. yang berbunyi, “Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu sebelum berwuduk.”

Friday 3 June 2016

Daun Belalai Gajah

Latar Belakang Daun Belalai Gajah


Daun belalai gajah juga dikenali sebagai Sabah Snake Grass. Ia dipanggil Sabah Snake Grass kerana dipercayai pokok ini apabila ditanam dapat menghalau ular. Manakala nama saintifiknya ialah Clinacanthus Nutans atauClinathanus. Yu Xun Cao pula merupakan panggilan dalam bahasa cina. Pokok ini mudah disemai atau ditanam dengan cara keratan batang.

Khasiat Daun Belalai Gajah

Masyarakat zaman moden kini terlampau mengharapkan atau bergantung sepenuhnya kepada perubatan klinikal punca generasi muda tidak lagi menghargai khasiat tumbuhan herba sebagai salah satu sumber rawatan.

Kita mungkin tidak mengetahui tumbuhan hiasan yang selama ini ditanam di kawasan rumah sebenarnya adalah pokok herba yang kaya dengan pelbagai khasiat.

Tumbuhan herba adalah sebahagian daripada warisan budaya Melayu kerana khasiatnya mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit sejak zaman berzaman.

Daun belalai gajah misalnya telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.

Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolestrol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.

Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.

Menurut Kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, SSG terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida sebenarnya mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan.

Sementara itu, Falkuti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), SSG bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida yang baik. Fungsi anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuahn sel kanser.

Kajian-kajian ini membuktikan bahawa penjagaan kesihatan menerusi makanan semula jadi seperti merupakan langkah alternatif yang baik.

Menurut Pengarah Urusan Tenaga Jati Bumi, Norsham Abas, SSG telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksida yang tinggi bagi mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.

"Kelebihan daun belalai gajah sudah lama diketahui oleh orang ramai. Dahulu, daun itu hanya dijual dalam bentuk yang asalnya dan pengidap kanser perlu memakan daun itu sekurang-kurangnya 100 helai sehari tanpa gagal dalam usaha memerangi sel barah.

Ia tentu sukar terutamanya di kalangan mereka yang tidak biasa memakan sayur atau ulam selain daun ini sukar diperolehi di semua tempat. Justeru, syarikat kami mengedarakn suplemen kesihatan, Ultun Extra (campuran serbuk soya dan kurma merah), Uturn Fresh (campuran lemon dan epal), teh uncang Uturn dan minuman campuran botanik Clinacanthus Nutans)," kata beliau.

Kebersanan Daun Belalai Gajah



Kebersanan daun belalai gajah ialah menyejukkan badan, menghilangkan lebam dan melegakan bengkak. Ia juga membantu terhadap masalah sembelit dan mencegah kanser, menghilangkan kesakitan, menyahtoksin dan melancar peredaran darah.

Selain merawat dan mencegah kanser, pengambilan Daun Belalai Gajah juga dapat membantu pesakit dialisis. Rasa ketidakselesaan selepas sesi dialisis dapat membantu pembuangan fosfat dan enzim, memperbaiki keadaan anemia dan menambah jumlah pembuangan air kencing.

Disamping itu, ia juga berguna dalam rawatan saikt kuning, penyakit eksim, skit tekak (sore throat), radang mulut/ ulser, kitaran haid yang tidak stabil, kelembapan dan angin badan, kecederaan jatuh dan bengkak, gout, penyakit sendi, anemia, merendahkan tekanan darah, mengecilkan tumor (merbahaya/tidak merbahaya) dan jenis-jenis kanser.

Daun Belalai Gajah juga boleh digunakan untuk meredakan Leptospirosis pada tahap awal dan kencing manis. Kesanya juga agak baik terhadap masalah kerap kencing malam dan prostate neoplasms, serta masalah-masalah sistem air kencing yang lain.

Daun Belalai Gajah boleh diambil sebagai ulam harian bagi yang menanam pokok ini. Kini Khasiat pokok Daun  Belalai Gajah boleh diperolehi melalui bancuhan teh, bancuhan serbuk dan ekstrak.