Monday 20 June 2016

Cara Menjaga Kesihatan Semasa Berpuasa

1.)  Minum Air Suam Secukupnya

  • Kita semua pasti sedia maklum, kurang minum air akan membuatkan badan mengalami dehidrasi lebih-lebih lagi di musim cuaca yang tidak menentu ni haa. Berpuasa bukan alasan untuk tidak minum air secukupnya. Pengambilan air suam atau air putih penting untuk memastikan organ pencernaan dapat berfungsi dengan baik. Pastikan anda lebihkan pengambilan air suam ketika berbuka untuk mengelak badan cepat letih. Manakala pengambilan air manis perlu dikurangkan.
2.)  Berbuka Dengan Kurma


  • Kurma mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Berbuka Puasa dengan kurma akan membuatkan badan rasa kembali bertenaga. Ini kerana kurma bertindak sebagai karbohidrat ringkas yang dapat membekalkan tenaga segara kepada badan tanpa perlu dicerna terlebih dahulu. Jadi sewaktu berbuka puasa, elak terus mengambil makanan berat kerana ini akan membuatkan badan menjadi bertambah letih. Mulakan dengan makan kurma terlebih dahulu.
3.)  Penting Untuk Bersahur
  • Seperti sarapan, sahur memang penting ketika berpuasa. Makanan yang diambil ketika sahur akan membantu membekalkan tenaga sewaktu anda berpuasa. Penting untuk anda pilih makanan yang berkhasiat ketika bersahur. Pastikan juga anda minum air segelas dua untuk memastikan badan kekal hidrat sehingga ke waktu berbuka puasa.
4.)  Rehat Yang Cukup
  • Waktu rehat dan tidur yang cukup panting untuk memastikan badan tidak mudah lesu dan letih. Jangan terlebih tidur pula, kerana bulan ramadan adalah bulan untuk beribadah. Berpuasa bukan alasan untuk tidur lebih masa. Awalkan sedikit tidur malam, untuk memastikan anda dapat bangun lebih awal untuk bersahur dan beribadah.
Sealain 4 tips ini, penting juga untuk anda pastikan makanan dan minuman yang diambil bukan sahaja menyihatkan tetapi juga bersih dari segi penyediaan . Risau pula jika termakan makanan atau minuman tercemar dan akan mengakibatkan keracunan makanan. Ini kerana bila badan kurang air, keracunan makan boleh bertambah serius dan membahayakan kesihatan. Jadi kalau nak beli juadah berbuka di luar kena pastikan makanan tersebut bersih dan selamt dimakan.

sumber : notawanita

No comments:

Post a Comment