Wednesday 9 August 2017

Tuberkulosis Tulang Belakang


TUBERKULOSIS TULANG BELAKANG



Penyakit Tuberkulosis atau TB(Tibi) lebih dikenali di Malaysia sebagai Batuk Kering dan dikaitkan dengan masalh paru-paru. Namun di luar pengetahuan masyrakat, Tibi bukan sahaja terhad kepada paru-paru tetapi sebenarnya boleh menjangkiti tisu dan organ di luar paru-paru termasuk selaput otak (meninges), kelanjar, darah dan sendi. Keadaan ini dikenali sebagai "extra-pulmonary tuberculosis".

Tempat yang paling kerap dijangkiti selepas paru-paru ialah tulang belakang. Ia boleh menyebabkan kemusnahan tulang, sakit belakang yang kronik malah melumpuhkan pesakit.

Kuman Tibi.
Jangkitan kuman Tibi ini disebabkan oleh sejenis kuman yang dikenali sebagai Mycobacterium tuberculosis. Ia boleh disebarkan secara droplets (cecair batuk, selsema) dan juga secara melalui peredaran darah. Sekiranya kita tinggal bersama ahli keluarga atau rakan yang menghidap Tibi, kita juga berisiko untuk dijangkiti. Begitu juga sekiranya kita terdedah dengan persekitaran perkerja asing yang tidak mendapat immunasi daripada kuman ini.

Ia bermula dengan menjangkiti salah satu daripada tulang belakang (vertebra) dan ia merebak melalui Anterior Longitudinal Ligament iaitu ligament yang memegang bahagian depan tulang vertebra. Jangkitan Tibi boleh merebak ke vertebra bersebelahan dan boleh juga menyebabkan skip lesion di mana terdapat vertebra yang tidak dijangkiti dan ia melompat ke vertebra yang lebih jauh daripada kes-kes jangkitan Tibi tulang belakang.

Kuman tuberkulosis ini akan 'memakan' dan menghancurkan tulang vertebra pesakit dan ada juga kes di mana ia menghasilkan nanah yang menyebabkan tekanan pada saraf dan struktur-struktur berhampiran.



Simptom

Pesakit yang mengalami Tibi tulang belakang ini datang kerana mengalami rasa sakit atau tidak selesa pada tulang belakang. Tidak kurang juga yang dapat lewat dengan kepatahan dan  tekanan kepada saraf tunjang tulang belakang. Sekiranya tekanan saraf berlaku, ia boleh menyebabkan kekebasan dan kelemahan pada anggota tangan dan kaki pesakit.

Pesakit juga boleh mengalami semua atau sebahagian daripada simptom-simptom lain yang dikaitkan dengan Tubrkulosis seperti di bawah.

Simptom Tuberkulosis Tulang Belakang

  1. Sakit atau tidak selesa  pada mana-mana bahagian tulang belakang.
  2. Demam
  3. Berpeluh-peluh pada waktu malam
  4. Susut berat badan secara mendadak
  5. Hilang selera makan
  6. Kebas tangan atau kaki atau kedua-duanya
  7. Lemah atau hilang kekuatan tangan atau kaki atau kedua-duanya
Tulang Belakang Membonjol
Sekiranya pesakit lambat mendapat rawatan , tulang pesakit boleh 'dimakan' oleh kuman yang menyebabkan pesakit kelihatan membongkok ke depan dan terjadinya benjolan keras atau gibbus pada bahagian tulang belakang yang dimakan kuman tersebut.



No comments:

Post a Comment