Thursday 9 February 2017

Apricon : Tanda tanda awal Kanser Payudara

Tanda paling biasa kanser payudara ialah ketulan atau bengkakkan. Ketulan yang tidak sakit, keras dan tidak sekata berkemungkinan besar kanser. Ada juga ketulan kanser yang sakit, lembut dan berbentuk bulat. Oleh itu sangat penting berjumpa doktor segera apabila ada pembengkakan atau ketulan di payudara.

Tanda-tanda lain kanser payudara seperti berikut:
  1. Bengkak pada sebahagian payudara
  2. Kulit jadi berkedut seperti kulit limau
  3. Puting masuk ke dalam atau sakit
  4. Kemerahan atau berkeruping pada puting atau kulit payudara
  5. Lelehan dari puting (kekuningan atau berdarah) selain susu.
  6. Ketulan pada bahagian ketiak
Bagaimana kanser payudara dikesan?
  1. Pemeriksaan sendiri payudara (PSP)- wanita patut melakukan PSP secara berkala bermula dari umur 20 tahun. Belajarlah dari jururawat anda dan sekiranya ada ketulan dikesan, jumpa doktor segera.
  2. Mammogram- Mammogram ialah ujian x-ray payudara. Pemeriksaan ini dibuat kepada wanita yang tiada masalah tetapi berisiko. Pemeriksaan bagi wanita yang ada tanda atau masalah payudara juga akan dilakukan. Semasa ujian mammogram, payudara ditekan antara 2 keping plet dan boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Kadar radiasi x-ray adalah rendah dan tidak meningkatkan risiko kanser payudara.
  3. (Pengambilan tisu dari payudara (biopsi). Semasa ujian ini, sel dari kawasan yang disyaki diambil dan duji di makmal.
Tahap Kanser Payudara
Pengkelasan tahap kanser payudara penting untuk memastikan sama ada pesakit boleh sembuh sepenuhnya pada peringkat awal atau sebaliknya:
  1. Tahap 0 - Kanser setempat (Cancer in Situ)
  2. Tahap I - Kanser kurang dari 2 cm.
  3. Tahap II - Kanser 2 hingga 5 cm tanpa atau dengan bengkakan kelenjar di ketiak
  4. Tahap III - Kanser besar dari 5 cm atau penglibatan kelenjar ketiak yang banyak
  5. Tahap IV - Kanser telah merebak ke luar payudara dan melibatkan organ lain dalam tubuh
  6. Tahap I & II - adalah awal dan boleh disembuhkan.
  7. Tahap IV - tidak boleh disembuh
(Sumber : http://www.myhealth.gov.my/index.php/kanser-payudara)

No comments:

Post a Comment