Kami adalah sebuah syarikat yang membekalkan produk kesihatan dan farmaseutikal, serta produk penjagaan diri berdasarkan kesedaran kepentingan cara hidup yang sihat dan seimbang
Cara Menghilangkan Parut Jerawat secara Tradisional
MADU
Mula-muka ambilkan sedikit madu. Campurkan madu
tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan
jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
DAUN SENDUDUK
Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit
cekur dan segenggam beraas. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut
muka dua kali sehari
TIMUN
Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas
timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam
LIDAH BUAYA (ALOE VERA)
Kaedah ini lebih semulajadi, tetapi susah
sedikit sebab tidak mudah mencari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah
dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun
supaya lendirnya keluar. Sapukan lender daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga
kali seminggu.
KULIT KAYU MANIS DAN BEDAK SEJUK
Sediakan dua batang kayu manis dan segenggam
bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian,
campur serbuk kayu manis dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air.
SIRIH MUDA
Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada
muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan
tiga kali seminggu
ASAM JAWA
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan
mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa pada
tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada
waktu malam sebelum tidur
No comments:
Post a Comment